"Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia, maka hendaklah dia mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain. Dan hendaklah dia memperelokkan setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelokkan dengan lidah. Dan sesiapa mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya adalah lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia yang lain." -Saidina Ali Ibn Abi Talib-
9.30-10.30 pm : Forum Sempena Tahun Baru (Masjid Asy-Syakirin & JAWI)
11.00 pm : Taklimat OPS Dakwah dan seterusnya bergerak mendekati masyarakat
di sekitar KLCC ( Edar risalah dll)
12.30 am : Berkumpul semula di Masjid Asy-Syakirin KLCC
1.00 am : Berehat dan qiyamulail di Masjid Asy-Syakirin KLCC
4.00 am : Bersama JAWI dalam operasi cegah maksiat di hotel-hotel sekitar KL
6.00 am : Solat subuh berjemaah
6.30 am : Bergerak ke Himpunan Mahasiswa Malaysia 1.1.11 di Padang Majlis
Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
HIMPUNAN "MAHASISWA UNTUK MALAYSIA" 1.1.2011
Masa: 08.30 pagi – 01.00 petang
Lokasi: Padang Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
Himpunan "mahasiswa untuk malaysia" yang akan berlangsung pada 1 januari 2011 ini di padang majlis bandaraya petaling jaya (mbpj) dengan penyertaan 1,111 orang mahasiswa bakal mencipta sejarah dalam gerakan mahasiswa malaysia. Himpunan yang bertemakan "mahasiswa untuk malaysia" ini diadakan sempena kehadiran tahun baru 2011 & sebagai simbolik kepada tahun 2011 sebagai tahun kebangkitan mahasiswa yang lebih dinamik.
Pertanyaan : Ridhuan (013-2229803)
Syahirah (013-3932657)
Kemudahan Pengangkutan : Ke KLCC : LRT Aliran Kelana Jaya ke Stesen KLCC
Ke Padang MBPJ : LRT Aliran Kelana Jaya ke Taman Jaya
Di dalam suatu perjalanan yang panjang di mana seseorang individuitu tidak mengetahui (di manakah sempadan peranannya, dan sampai kemanakah dia akan berjalan sama-sama rombongannya ia mestilahmembuangkan segala sifat mengutamakan dirinya, kerana mungkinperanannya hanya pada separuh perjalanan sahaja bilamana orang lain pulaakan menyambung peranannya itu. Begitu juga bilamana penyusunan tertegak agung, ianya memerlukan kepada tenaga generasi dansesungguhnya kemuncak cita-cita individu adalah penyertaannya di dalampembinaan generasi ini, dan ini sudah cukup baginya. Tetapi sekiranya iaingin membina bersendirian sudah pasti ia tidak akan berjaya dan ia tidakberkemampuan untuk berbuat demikian, dan pembinaan itu pun tidak akansempurna.
Oleh itu maka kita berkata; sekiranya di dalam marhalah yang lalukerja seseorang dengan pemikiran individu di dalam kerja-kerja Islamdianggap tidak benar (sah) malah tidak dapat disertai dengan pemikiransyura di dalam Jamã’ah Islamiyyah; maka lebih-lebih lagilah di zaman ini dimana kerja ini menuntut suatu usaha yang lebih serta pengabaianterhadapnya adalah sesuatu yang amat merbahaya. Ini memberi erti betapaperlunya kita menekankan bidang-bidang pelajaran (taklim), pendidikan(tarbiyyah), penyusunan (tanzim) pemerhatian dan penilaian. Demikian jugadi dalam penilaian terhadap setiap individu secara khusus yangkemudiannya disertai dengan tindakan lanjut yang berterusan untukmenyekat kerja-kerja persendirian atau setiap kecenderungan yang bercorak‘dictatorship’ serta semangat dan pemikiran tempatan yang berpisah darijamã’ah. Persoalan ini adalah suatu yang kritikal, lebih-lebih lagi apabilabangsa kita berkebiasaan bertindak berseorangan, dan memang banyak sekalikita dapati ummat kita bertindak berseorangan. Ini adalah suatu penyakit yang amat merbahaya yang dengannya tidak mungkin akan tertegaknya‘amal jama’ie.
Sebenarnya telah pun kita sebutkan di dalam risalah yang lalu bahawanas-nas yang jelas menunjukkan kepada kita sesungguhnya di antarapenyakit-penyakit yang mengganggui perjalanan ‘amal jama’ie ialah sifatbakhil yang amat dituruti, hawa nafsu mengutamakan dan berbanggadengan pemikiran sendiri. Bilamana seseorang manusia mematuhi hawanafsunya dan melayan sifat bakhilnya, mengutamakan dunia serta ‘ujub dengan pemikirannya, manusia itu tidak mungkin dapat hidup denganjama’ah. Begitu juga bila mana penyakit ini telah mula menular ke dalamsuatu bi’ah (suasana), tak mungkin penghidupan secara berjamaah akan wujud.
RasüluLlãh s.a.w. membenarkan seseorang itumengasingkan dirinya bila mana didapati penyakit-penyakit ini merebak didalam suasana yang ada. Oleh itu di antara persoalan-persoalan yang perludiperhatikan oleh murabbi ialah pembersihan jiwa-jiwa individu Muslim dansaf Muslimin dari penyakit penyakit ini.
Sifat bakhil, diubati dengan membiasakan diri berbelanja, bermurahhati serta mengutamakan orang lain dengan membuat contoh atau teguransehingga terhapusnya penyakit ini. Usaha ini bukanlah suatu usaha yangmudah, Allah Subhanahu Wata’ãlà telah berfirman di dalam Surah Al-Nisa’128:
“Memang manusia itu berperangai amat kikir.”
Sifat bakhil mengiringi jiwa setiap ketika; bila mana seorang ituhendak bersedekah sifat bakhil akan merintangi jalannya, dan bila mana iaingin memberi makan kepada orang lain sifat ini akan menghalang usahanya. Sifat ini berada di mana. Setiap jiwa mestilah berusaha untuk mengatasi sifatini dengan sentiasa mengingati hari akhirat dan apa yang telah dijanjikanoleh Allah Subhãnahu Wata’alã, dan dengan peringatan itu ia akan sentiasaingatkan balasan dari Allah ‘Azzawajalla :
“Dan barang apa sahaja yang kamu nafkahkan Tuhan akan menggantikannya.”(Sürah Al-Saba’: Ayat 39)
Hawa nafsu yang dituruti pula diubati dengan membiasakan diriseseorang untuk selalu bercanggahan dan menentang kehendak hawanafsunya serta menonton jiwanya untuk kembali ke jalan Allah S.w.t, firman Nya :
“Dan adapun orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan dirinyadari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya).”(Surah Al-Näzi’at: Ayat 40)
Ayat ini menunjukkan hubungan di antara sifat takut kepada AllahSubhanahu Wata’ala dan sifat melawan hawa nafsu; sesiapa yang tidak(takutkan Allah )di dalam hatinya tentunya ia tidak akan berjaya melawan hawa nafsu. Kalau pun ía boleh berjaya, itu pun hanya pada suatu sudutyang tertentu sahaja dan di sudut-sudut lain ia tidak akan berjaya. Untuk ituperlulah dipersuburkan sifat takut ini di ‘dalam hati iaitulah denganmengenali Allah Subhanahu Wata‘ala.
“Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya hanyalah‘ulamã’ — orang yang mengetahui kebesaran dan kekuasaan Allah Subhã nahuWata’ãlã.” (Sürah Al-Fathir : Ayat 28)
Sesungguhnya mengenal Allah dengan perasaan dan pemikiransajalah yang dapat menyuburkan perasaan takut kepada Allah ‘Azzawajallakerana cara ini sahajalah yang akan meneruskan pertentengan seseorang itu dengan hawa nafsu nya. Kenalnya ia kepada Allah Subbãnahu Wata’àlãadalah melalui ‘ilmunya, iaitu dengan mematuhi nas-nas, membelakebenaran serta menyerahkan dirinya kepada natijah dan pada dalil-dalilyang diperolehi dan ‘ilmunya itu.
Manakala penyakit mengutamakan dunia pula diubati denganmengingati Akhirat serta memperkuatkan tuntutan tuntutan terhadapAkhirat di dalam jiwa melalui pembacaan Al-Quran, menghadiri majlisugama, usaha-usaha untuk Allah, muhasabah dan zikir-zikir harian. Disamping itu ia hendaklah selalu membayangkan apa yang akan di hadapinyaketika matinya, di ‘alam barzakh dan di hari ke bangkitan; hari yang mana iaakan berdiri di hadapan Allah, hari hisab dan hari ia ditemukan dengansyurga dan neraka (kita memohon syurga dari Allah) — semuanya ini adalahsebagai pengenalan terhadap betapa kerdilnya dunia ini dan peri tidakbernilainya dunia yang amat diburu-buru oleh manusia baik kerana pangkat,bangsa, harta, syahwat atau pun kerana kedudukan.
Ada pun penyakit ‘ujub dengan pemikiran sendiri diubati denganmelihat kembali ke arah diri , betapa lemahnya, betapa lemahnya ía. Disamping itu ia hendaklah melihat betapa berkatnya pandangan syurã yangmatang, saf yang matang dan kepimpinan yang matang; bertolak darikeinsafan ini ia akan terasa betapa lemahnya pemikiran bersendirian. Fakturyang paling panting di dalam usaha pangubatan penyakit ini ialahmembiasakan diri dengan syura.)
Telah datang seorang manusia kepada Abu Tha’labah Al Khasyniseraya bertanya: ‘Bagaimanakah awak bertindak terhadap ayat ini Tanya AbuTha’labah: ‘Ayat yang mana satu?’ Jawabnya ‘QauluLlah Ta’ãlã:
“Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu; tiada lah orang-orang yang sesat ituakan memudharatkan kamu apabila kamu telah mendapat petunjuk.”(Surah Al-Ma’idah: Ayat 105 )
Kata Abu Tha’labah: Sesungguhnya aku telah bertanya orang yang lebihmengetahui iaitu aku bertanya RasuluLlah SaLlah lahu ‘alaihi Wasallam yang telahdijawab oleh Baginda dengan sabdanya:
“Malahan, hendaklah kamu menyuruh dengan ma’ruf dan melarang daripadamungkar sehingga bila kamu melihat bathil yang ditaa’ti, hawa nafsu yang diikuti,dunia yang diutamakan dan ‘ujub seorang dengan pendapatnya, maka hendaklahengkau berpegang dengan dengan darimu dan tinggalkanlah orang awam kerana dihadapanmu hari-hari yang panjang di mana orang yang sabar adalah ibarat seorang memegang bara api, pekerja di hari itu menyamai balasan lima puluh orang lalakiyang bekerja seperti kamu. Di tanya RasuluLlah:Apakah balasan limapuluh lelaki diantara kami atau di antara mereka?, maka jawab Baginda : Malahan balasanlimapuluh daripada kamu.”(Hadith riwayat Tirmizi dan katanya hadith ini hasan sahih)
Hadith ini menerangkan bahawa bilamana terdapat penyakit-penyakityang disebutkan di atas tadi, maka tiada ubat untuk seseorang itu selain darin ‘uzlah dan sabar; betapa tingginya ganjaran sabar.Sifat melupakan diri sendiri, berkorban harta benda, jiwa dan tenagamerupakan pendahuluan yang biasa untuk sampai kepada perlaksanaan‘amal jama’ie. Sesungguhnya orang-orang Islam di hari ini amat memerlukankepada sifat-sifat ini untuk menegakkan ‘amal jama’ie yang mampu untukmencapai matlamat-matlamatnya. Permulaan untuk kesemuanya ini adalahlahirnya sifat puas hati terhadap ‘amal jama’ie serta wujudnya pemikiran yangmampu untuk menyelaraskan kerja-kerja ini. Syarat untuk kesemuanya inipula ialah menepati beberapa tuntutan dan menjauhi beberapa tuntutan yanglain.
Sumber : Sa’id Hawa : Beberapa Pelajaran Dalam Amal Islami 1
Kemenangan yang diburu tidak mudah untuk dicapai , namun kita tidak boleh putus asa . Kerja kuat dan gigih berusaha adalah ikhtiar yang dituntut sebelum kemenangan dikurniakan oleh Allah swt .
Sebegai sebuah Gerakan Islam , sekurang – kurangnya kita mempunyai 5 strategi utama untuk memastikan kemenangan kekal menjadi milik kita .
1. Taqwa. [ taat ]
Saidina Umar al Khattab Rha pernah mengutuskan surat wasiat kepada Komander Tentera Islam di Iraq iaitu Saad bin Abi Waqqas Rha :
فإني آمرك ومن معك من الأجناد، بتقوى الله على كل حال، فإن تقوى الله أفضل العدة مع العدو، وأقوى المكيدة في الحرب، وآمرك ومن معك أن تكونوا أشد احتراساً من المعاصي منكم من عدوكم، فإن ذنوب الجيش أخوف عليهم من عدوهم، وإنما ينصر المسلمون بمعصية عدوهم لله، ولولا ذلك لم تكن لنا بهم قوة، لأن عددنا ليس كعددهم، ولا عدتنا كعدتهم فإن استوينا في المعصية كان لهم الفضل علينا في القوة
Sesungguhnya aku memerintahkan engkau dan seluruh tentera yang bersamamu agar bertaqwa kepada Allah swt dalam apa jua keadaan . Sesungguhnya Taqwa adalah sebaik – baik persediaan dan strategi yang paling kuat di dalam peperangan .
Aku perintahkan engkau dan siapa jua yang bersamamu bahawa kamu mestilah benar – benar berwaspada daripada maksiat yang tercetus dikalangan kamu jua dari musuh – musuh kamu . Sesungguhnya dosa yang dilakukan oleh tentera lebih ditakuti ke atas mereka berbanding musuh – musuh mereka .
Sesungguhnya orang – orang Islam diberi kemenangan dengan maksiat yang dilakukan oleh musuh mereka kepada Allah swt . Jika tidak demikian , tidaklah kita memiliki kekuatan untuk mengatasi mereka . Kerana bilangan kita tidaklah sama berbanding jumlah bilangan mereka dan persediaan material kita jua tidak lah sama berbanding persediaan material yang mereka miliki .
Andai kita juga turut melakukan maksiat sebagaimana mereka melakukan maksiat nescaya mereka lebih kuat dan hebat daripada kita .
Saidina Umar al Khattab .
Berasaskan wasiat Saidina Umar al farouk , petugas parti mestilah memberi perhatian serius agar tiada dikalangan kita terjebak atau terjerumus dalam kancah maksiat dan mungkar . Sebaliknya bertaqwa kepada Allah swt . Melaksanakan apa yang diperintah dan tinggalkan apa yang dilarang oleh Allah swt .
Maksiat dan mungkar menjadi penghalang utama kemenangan dan kalaupun menang , kita bimbang ia hanyalah kemenangan yang rapuh dan menjadi istidraj [ pemberian -kemenangan - yang tidak diredhai oleh Allah swt ]
Semua petugas parti [ pemimpin mahupun ahli biasa ] sewajarnya mempertingkatkan hubungan dengan Allah swt dan senantiasa meletakkan diri dalam situasi beribadah kepada Allah swt. Maksud saya , pastikan apa jua kerja dan tugas yang kita lakukan adalah kerana Allah swt dan ia menjadi ibadah yang soleh walau hanya menampal poster dan memasang bendera .
2 . Juhud [ gigih dan bersungguh - sungguh ]
Biarpun kita telah menang di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dan kita harapkan kejayaan hatrik di Bukit Gantang , tetapi kita tidak boleh leka dan over confident . Kerana kemenangan kita sebelumnya di Permatang Pauh , Kuala Terengganu atau lainnya dalam pilihanraya yang pernah kita hadapi , semuanya didahului dengan kerja kuat dan gigih . Tanpa kerja kuat kita tidak akan berjaya . Ini realitinya !
Tiada kemenangan yang boleh dicapai hanya dengan menggosok lampu ajaib aladin . Malah lampu itu pun tiada ditangan kita , apatah lagi aladin tidak wujud dikalangan kita .
Ikhtiar adalah satu kewajipan dan kesungguhan adalah satu tuntutan . Jangan ada mereka yang hanya berpeluk tubuh dan membatu diri menyaksi keperluan yang perlu diselesai dan disempurnakan . Lebih malang kalau hanya banyak cakap , komplen sana sini dan memperhabiskan biskut kopi di markaz sahaja .
Saya percaya , jika kita bersungguh – sungguh kita akan menang . من جد وجد
3. Tawakkal . [ bergantung kepada Allah swt ]
Jangan putus harap kepada Allah swt biarpun kita menghadapi kesukaran dalam perjuangan ini . Sekalipun cabaran yang kita hadapi serta tekanan yang kita alami terlalu getir dan berat , setelah kita kerahkan segala upaya yang kita miliki , kita mesti yakin dan sandarkan keputusannya kepada Allah swt .
Setelah gigih berdakwah berhadapan dengan 1001 ragam manusia jahiliyyah , Nabi saw pernah bersabda [ berdoa ] : اللهم قد بلغت فاشهد – Ya Allah ! sesungguhnya telah aku sampaikan [ kebenaran ini ] maka saksikanlah ! -
4. Munazzamah [ sistematik ]
Jangan bekerja atau bertugas secara rawak atau rambang . Sebaliknya bertindak secara terancang dan berpandukan arahan serta peraturan yang telah ditetapkan oleh parti . Setiap tindakan mestilah melalui syura samaada di peringkat UPU , MTD , Kawasan , Negeri atau Pusat .
Sekalipun kita membawa kebenaran , namun tanpa rencana dan strategi yang terancang pasti sahaja kita boleh tewas . Inilah yang telah dipertegaskan oleh Saidina Ali Karramallahuwajhah .
الحق بدون النظام يغلبه الباطل بالنظام
Kebenaran yang diperjuangan tanpa sistematikanya akan dikalahkan oleh kebathilan yang diurus secara sistematik .
Aktiviti dan gerakkerja dalam tempoh yang terhad dan kemampuan kewangan yang terbatas ini mestilah di pastikan bahawa kita tidak membazir masa dan tenaga dengan aktiviti yang tidak menepati sasaran atau gerakkerja yang tidak membawa pulangan besar kepada perjuangan .
5. Istiaanah bissobri was solah . [ mohon pertolongan dengan sabar dan doa ]
Kemenangan yang kita dambakan ini adalah daripada Allah swt , justeru itu kepadaNya kita wajib memohon kemenangan ini . Allah swt mengajar kita agar memohon pertolongan dengan sabar dan solat .
Sabar
Sabar adalah kunci kejayaan dan kemenangan . Tapi ramai yang salah faham dengan menganggap sabar sebagai kalah dan penakut . Bukankah kita mahu Allah bersama kita dalam perjuangan ini ? maka Allah swt telah berfirman : إن الله مع الصابرين – Sesungguhnya Allah bersama dengan orang – orang yang sabar .
Sabar dalam tindakan agar tidak gopoh dan melencong dari matlamat asal perjuangan kita .
Sabar dalam gerakkerja dan tugas . Jangan merungut dan mempersoalkan arahan .
Sabar , agar diri tidak terpengaruh dengan provokasi musuh
Sabar dari panahan fitnah perjuangan yang mungkin dari godaan manusia dan harta
Sabar , moga tidak terlalu excited dengan sorakan ramai dan laungan penyokong yang ramai
Sabar dari terjebak dan terjerumus ke dalam lembah maksiat dan mungkar
Sabar menerima arahan pimpinan biarpun berat dan sukar untuk dilaksanakan
Sabar dengan karenah ahli yang pelbagai ragam
Sabar jua dengan karenah pimpinan
Sabar untuk bertahan dengan akhlak mulia sekalipun berdepan dengan penghinaan musuh
dan 1001 keadaan yang memerlukan kita sabar .
Namun bukanlah makna sabar sehingga membenarkan musuh memijak kepala kita . Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
Wahai manusia ! Jangan sekali – kali kamu bercita – cita mencari musuh sebaliknya mohonlah kesejahteraan daripada Allah swt . Andai bertemu jua dengan musuh , bersabarlah ! Namun begitu , ketahuilah bahawa sesungguhnya syurga itu berada di bawah kilatan mata pedang .
Solat
Membawa maksud munajat dengan memanjatkan doa kepada Allah swt agar Allah memberikan kekuatan kepada kita serta kemenangan yang telah dijanjikan . Serentak itu , agar Allah mengurniakan petunjukNya kepada rakyat atau pengundi dan melembutkan hati mereka untuk menerima mesej perjuangan kita .
Siang kita mengurus organisasi , mengatur strategi dan menggerakkan jentera serta material bagi memburu kemenangan , manakala sebelah malamnya pula kita bersimpuh mengadap Allah penuh khusyu’ memohon petunjuk dan kekuatan diri serta memohon nusrah dan maunah buat perjuangan suci ini .
PAS perlu menang dalam pilihan raya dengan kekuatan sendiri bukan menumpang kelemahan Umno BN, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Katanya, biarpun Umno lemah namun kekuatan itu perlu dibina kerana cabaran paling besar adalah bukan untuk menang, tetapi kekuatan untuk mengisi kemenangan.
"Kita mahu supaya parti kita mencapai kejayaan dengan kekuatan kita sendiri, bukan dengan kelemahan yang ada pada lawan kita.
"Kita sedar bukan sahaja mahu menang, tapi mengisi kemengan," katanya pada sidang media selepas merasmikan seminar 'PAS Sedia Ganti Umno' di sini hari ini.
Antara pemimpin PAS Pusat yang hadir pada seminar itu ialah timbalannya, Nasharudin Mat Isa, naib, Salahuddin Ayub, ketua muslimat, Nuridah Mohd Salleh, setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali, pengarah pilihan raya, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman,
Dalam ucapan sebelum itu, beliau menggariskan tiga perkara bagi membina kekuatan dalam PAS agar parti itu mampu memerintah negara.
Pertama, katanya adalah kekuatan aqidah Islam di kalangan setiap ahli.
Ianya termasuk persoalan akhlak, ibadah dan tarbiyah yang mantap untuk melalui perjuangan yang penuh liku.
"Kalau sama sahaja kita dengan Umno, sama-sama tak sembahyang, sama-sama tak berjemaah, dan tak kuat hubungan dengan Allah, kita tidak akan menang," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Kedua, ujarnya adalah kekuatan pada organisasi yang baik termasuk cawangan yang banyak dan bergerak dan ahli yang ramai.
Antara sebab kawasan PAS kalah pada pilihan raya, katanya adalah kerana tidak mempunyai cawangan yang banyak dan tidak bergerak.
"Berlawan dengan Umno ni lebih teruk berlawan dengan orang gila dan bodoh.
"Orang gila dan bodoh tak boleh buat undang-undang, tapi Umno boleh buat apa sahaja untuk menangkan mereka. Sebab itu kita kena kuat," tambahnya lagi.
Manakala perkara ketiga katanya adalah strategi yang baik dan digerakkan ke akar umbi.
Strategi di semua peringkat jelasnya perlu diselaras agar memberi kesan yang besar pada setiap tindakan yang dibuat.
Umno berundur secara terhormat
Selain itu beliau turut meminta Umno mengaku kelemahan mereka dan berundur secara demokratik dengan memberi laluan kepada PAS dan Pakatan Rakyat memerintah negara.
Ia kerana parti itu sudah jelas lemah dan tidak mampu mengurus rakyat dan negara dengan baik.
"Hari ini Umno adalah teras kepada kepimpinan negara. Kita tahu masalah yang dihadapi walaupun cuba nak sembunyi dengan pelbagai undang-undang tapi akhirnya terdedah.
"Sebab itu kita mintak secara terhormat dan demokratik seperti berlaku di negara-negara lain, pilihan raya adil dan bebas di mana parti pemerintah yang mengalami masalah, sedia berundur. Tapi keadaan ini tak berlaku dalam negara kita," katanya.
Beliau bagaimanapun turut menggesa ahli agar meneruskan usaha dakwah kepada rakyat termasuk ahli Umno agar melakukan perubahan.
Menurutnya, PAS tidak akan menang dengan hanya mengharapkan kepada undi ahli sahaja malah juga memerlukan undi orang Umno.
Sementara itu Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad akan membentang kertas kerja bertajuk "PAS Ganti Umno; Rasional dan Tindakan".
Manakala AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar akan membentangkan tajuk "Umno dan Krisis Ketuanan Melayu".