Halaman

Pengikut

Selasa, 30 November 2010

TARBIYAH FIKRIYAH : SATU HATI… FIKRAH & AMAL


Di dalam suatu perjalanan yang panjang di mana seseorang individu itu tidak mengetahui (di manakah sempadan peranannya, dan sampai ke manakah dia akan berjalan sama-sama rombongannya ia mestilah membuangkan segala sifat mengutamakan dirinya, kerana mungkin peranannya hanya pada separuh perjalanan sahaja bilamana orang lain pula akan menyambung peranannya itu. Begitu juga bilamana penyusunan tertegak agung, ianya memerlukan kepada tenaga generasi dan sesungguhnya kemuncak cita-cita individu adalah penyertaannya di dalam pembinaan generasi ini, dan ini sudah cukup baginya. Tetapi sekiranya ia ingin membina bersendirian sudah pasti ia tidak akan berjaya dan ia tidak berkemampuan untuk berbuat demikian, dan pembinaan itu pun tidak akan sempurna.

Oleh itu maka kita berkata; sekiranya di dalam marhalah yang lalu kerja seseorang dengan pemikiran individu di dalam kerja-kerja Islam dianggap tidak benar (sah) malah tidak dapat disertai dengan pemikiran syura di dalam Jamã’ah Islamiyyah; maka lebih-lebih lagilah di zaman ini di mana kerja ini menuntut suatu usaha yang lebih serta pengabaian terhadapnya adalah sesuatu yang amat merbahaya. Ini memberi erti betapa perlunya kita menekankan bidang-bidang pelajaran (taklim), pendidikan (tarbiyyah), penyusunan (tanzim) pemerhatian dan penilaian. Demikian juga di dalam penilaian terhadap setiap individu secara khusus yang kemudiannya disertai dengan tindakan lanjut yang berterusan untuk menyekat kerja-kerja persendirian atau setiap kecenderungan yang bercorak ‘dictatorship’ serta semangat dan pemikiran tempatan yang berpisah dari jamã’ah. Persoalan ini adalah suatu yang kritikal, lebih-lebih lagi apabila bangsa kita berkebiasaan bertindak berseorangan, dan memang banyak sekali kita dapati ummat kita bertindak berseorangan. Ini adalah suatu penyakit yang amat merbahaya yang dengannya tidak mungkin akan tertegaknya ‘amal jama’ie.

Sebenarnya telah pun kita sebutkan di dalam risalah yang lalu bahawa nas-nas yang jelas menunjukkan kepada kita sesungguhnya di antara penyakit-penyakit yang mengganggui perjalanan ‘amal jama’ie ialah sifat bakhil yang amat dituruti, hawa nafsu mengutamakan dan berbangga dengan pemikiran sendiri. Bilamana seseorang manusia mematuhi hawa nafsunya dan melayan sifat bakhilnya, mengutamakan dunia serta ‘ujub dengan pemikirannya, manusia itu tidak mungkin dapat hidup dengan jama’ah. Begitu juga bila mana penyakit ini telah mula menular ke dalam suatu bi’ah (suasana), tak mungkin penghidupan secara berjamaah akan wujud.

RasüluLlãh s.a.w. membenarkan seseorang itu mengasingkan dirinya bila mana didapati penyakit-penyakit ini merebak di dalam suasana yang ada. Oleh itu di antara persoalan-persoalan yang perlu diperhatikan oleh murabbi ialah pembersihan jiwa-jiwa individu Muslim dan saf Muslimin dari penyakit penyakit ini.

Sifat bakhil, diubati dengan membiasakan diri berbelanja, bermurah hati serta mengutamakan orang lain dengan membuat contoh atau teguran sehingga terhapusnya penyakit ini. Usaha ini bukanlah suatu usaha yang mudah, Allah Subhanahu Wata’ãlà telah berfirman di dalam Surah Al-Nisa’ 128:

“Memang manusia itu berperangai amat kikir.”

Sifat bakhil mengiringi jiwa setiap ketika; bila mana seorang itu hendak bersedekah sifat bakhil akan merintangi jalannya, dan bila mana ia ingin memberi makan kepada orang lain sifat ini akan menghalang usahanya. Sifat ini berada di mana. Setiap jiwa mestilah berusaha untuk mengatasi sifat ini dengan sentiasa mengingati hari akhirat dan apa yang telah dijanjikan oleh Allah Subhãnahu Wata’alã, dan dengan peringatan itu ia akan sentiasa ingatkan balasan dari Allah ‘Azzawajalla :

“Dan barang apa sahaja yang kamu nafkahkan Tuhan akan menggantikannya.” (Sürah Al-Saba’: Ayat 39)

Hawa nafsu yang dituruti pula diubati dengan membiasakan diri seseorang untuk selalu bercanggahan dan menentang kehendak hawa nafsunya serta menonton jiwanya untuk kembali ke jalan Allah S.w.t, firman Nya :

“Dan adapun orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan dirinya dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya).” (Surah Al-Näzi’at: Ayat 40)

Ayat ini menunjukkan hubungan di antara sifat takut kepada Allah Subhanahu Wata’ala dan sifat melawan hawa nafsu; sesiapa yang tidak (takutkan Allah )di dalam hatinya tentunya ia tidak akan berjaya melawan hawa nafsu. Kalau pun ía boleh berjaya, itu pun hanya pada suatu sudut yang tertentu sahaja dan di sudut-sudut lain ia tidak akan berjaya. Untuk itu perlulah dipersuburkan sifat takut ini di ‘dalam hati iaitulah dengan mengenali Allah Subhanahu Wata‘ala.

“Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya hanyalah ‘ulamã’ — orang yang mengetahui kebesaran dan kekuasaan Allah Subhã nahu Wata’ãlã.” (Sürah Al-Fathir : Ayat 28)

Sesungguhnya mengenal Allah dengan perasaan dan pemikiran sajalah yang dapat menyuburkan perasaan takut kepada Allah ‘Azzawajalla kerana cara ini sahajalah yang akan meneruskan pertentengan seseorang itu dengan hawa nafsu nya. Kenalnya ia kepada Allah Subbãnahu Wata’àlã adalah melalui ‘ilmunya, iaitu dengan mematuhi nas-nas, membela kebenaran serta menyerahkan dirinya kepada natijah dan pada dalil-dalil yang diperolehi dan ‘ilmunya itu.

Manakala penyakit mengutamakan dunia pula diubati dengan mengingati Akhirat serta memperkuatkan tuntutan tuntutan terhadap Akhirat di dalam jiwa melalui pembacaan Al-Quran, menghadiri majlis ugama, usaha-usaha untuk Allah, muhasabah dan zikir-zikir harian. Di samping itu ia hendaklah selalu membayangkan apa yang akan di hadapinya ketika matinya, di ‘alam barzakh dan di hari ke bangkitan; hari yang mana ia akan berdiri di hadapan Allah, hari hisab dan hari ia ditemukan dengan syurga dan neraka (kita memohon syurga dari Allah) — semuanya ini adalah sebagai pengenalan terhadap betapa kerdilnya dunia ini dan peri tidak bernilainya dunia yang amat diburu-buru oleh manusia baik kerana pangkat, bangsa, harta, syahwat atau pun kerana kedudukan.

Ada pun penyakit ‘ujub dengan pemikiran sendiri diubati dengan melihat kembali ke arah diri , betapa lemahnya, betapa lemahnya ía. Di samping itu ia hendaklah melihat betapa berkatnya pandangan syurã yang matang, saf yang matang dan kepimpinan yang matang; bertolak dari keinsafan ini ia akan terasa betapa lemahnya pemikiran bersendirian. Faktur yang paling panting di dalam usaha pangubatan penyakit ini ialah membiasakan diri dengan syura.)

Telah datang seorang manusia kepada Abu Tha’labah Al Khasyni seraya bertanya: ‘Bagaimanakah awak bertindak terhadap ayat ini Tanya Abu Tha’labah: ‘Ayat yang mana satu?’ Jawabnya ‘QauluLlah Ta’ãlã:

“Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu; tiada lah orang-orang yang sesat itu akan memudharatkan kamu apabila kamu telah mendapat petunjuk.” (Surah Al-Ma’idah: Ayat 105 )

Kata Abu Tha’labah: Sesungguhnya aku telah bertanya orang yang lebih mengetahui iaitu aku bertanya RasuluLlah SaLlah lahu ‘alaihi Wasallam yang telah dijawab oleh Baginda dengan sabdanya:

“Malahan, hendaklah kamu menyuruh dengan ma’ruf dan melarang daripada mungkar sehingga bila kamu melihat bathil yang ditaa’ti, hawa nafsu yang diikuti, dunia yang diutamakan dan ‘ujub seorang dengan pendapatnya, maka hendaklah engkau berpegang dengan dengan darimu dan tinggalkanlah orang awam kerana di hadapanmu hari-hari yang panjang di mana orang yang sabar adalah ibarat seorang memegang bara api, pekerja di hari itu menyamai balasan lima puluh orang lalaki yang bekerja seperti kamu. Di tanya RasuluLlah:Apakah balasan limapuluh lelaki di antara kami atau di antara mereka?, maka jawab Baginda : Malahan balasan limapuluh daripada kamu.”(Hadith riwayat Tirmizi dan katanya hadith ini hasan sahih)

Hadith ini menerangkan bahawa bilamana terdapat penyakit-penyakit yang disebutkan di atas tadi, maka tiada ubat untuk seseorang itu selain darin ‘uzlah dan sabar; betapa tingginya ganjaran sabar. Sifat melupakan diri sendiri, berkorban harta benda, jiwa dan tenaga merupakan pendahuluan yang biasa untuk sampai kepada perlaksanaan ‘amal jama’ie. Sesungguhnya orang-orang Islam di hari ini amat memerlukan kepada sifat-sifat ini untuk menegakkan ‘amal jama’ie yang mampu untuk mencapai matlamat-matlamatnya. Permulaan untuk kesemuanya ini adalah lahirnya sifat puas hati terhadap ‘amal jama’ie serta wujudnya pemikiran yang mampu untuk menyelaraskan kerja-kerja ini. Syarat untuk kesemuanya ini pula ialah menepati beberapa tuntutan dan menjauhi beberapa tuntutan yang lain.

Sumber : Sa’id Hawa : Beberapa Pelajaran Dalam Amal Islami 1

Al-Faqir Ilallah,
Ilham al-Khalis ‘10
Hidup bersama Dakwah dan Tarbiyah
Belajar dan terus belajar daripada pengalaman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan