Halaman

Pengikut

Khamis, 23 September 2010

SINERGI ZIKIR DAN FIKIR



Novel yang baik untuk di baca buat mereka yang suka berfikir ikut logik akal semata dan untuk mereka yang ingin berusaha mengukuhkan pemikirannya agar merasai dengan lebih halus hakikat kewujudan Allah s.w.t.. "Sesungguhnya Allah telah sematkan dalam hati setiap manusia dan menghadirkan ketenteraman jiwa yang sangat bening."
“Manusia pada hari ini begitu hebat berfikir. Lihat sahaja berapa ramai yang memiliki rumah besar, kereta besar hasil kekayaan kerana hebat berfikir. Surau ini cantik kerana hebatnya manusia berfikir. Tetapi satu yang perlu dimuhasabahkan sejauhmana kita berzikir. Seramai mana manusia yang akan hadir ke surau ini selepas ini walaupun ianya cantik”, kata Ustaz Yusainie sebelum menutup kuliah maghribnya di Surau An-Nur semalam. Kepala penulis terus tertunduk ke bawah mengenangkan terlalu sedikitnya zikir penulis kepada Allah. Ditambah pula musim-musim peperiksaan, begitu ramai mahasiswa memerah otak berfikir untuk cemerlang dalam peperiksaan tetapi soal zikirnya masih kurang. Lantas penulis memikirkan untuk menulis artikel ini sebagai muhasabah diri dan untuk manfaat bersama.

Zikir di sini bukan hanya sekadar zikir selepas solat atau yang disebut dengan bibir akan tetapi segala soal mengingati Allah. Solatnya, doanya, bacaan al-Qurannya dan sebagainya. Jika direnung, adalah menjadi sesuatu yang sangat penting soal untuk menggabung jalinkan zikir dengan fikir. Sebagai contohnya, firman Allah dalam surah Yunus ayat 87 :

Dan kami wahyukan kepada Musa dan saudaranya (Harun) : "Ambillah olehmu berdua beberapa buah rumah di Mesir untuk tempat tinggal bagi kaummu dan jadikanlah olehmu rumah-rumahmu itu tempat solat dan Dirikanlah olehmu sembahyang serta gembirakanlah orang-orang yang beriman".

Ayat ini menceritakan perihal Nabi Musa dan Harun membawa umatnya berhijrah setelah dihalau dan ditekan oleh Firaun. Maka dengan wahyu dari Allah, Nabi Musa menjadikan beberapa rumah di Mesir sebagai tempat solat. Ulama’ tafsir yang haraki dalam menghuraikan ayat ini menyatakan bahawa, “dalam perjuangan, tidak cukup hanya sekadar strategi dan semangat, tetapi perlu dilengkapkan dengan ‘solat’ “. Huraian tersebut mengingatkan kita betapa penting soal ibadah dan tarbiyyah ruhiyyah disamping menyusun strategi dan sebagainya. Maka jelas kepada kita betapa penting soal zikir dan fikir ini dijana bersama.


Rasulullah, Zikir dan Fikir.

Rasulullah antara manusia yang hebat dalam kepimpinan, banyak strategi dan kuat berjuang. Lihat sahaja peristiwa perjanjian Hudaibiyyah dan peristiwa-peristiwa lain yang jelas menunjukkan kebijaksanaan baginda. Strategi hjrah baginda menggunakan pelbagai posisi manusia dan haiwan sangat mengkagumkan. Baginda sangat sibuk dengan urusan ummat namun persoalan zikir tidak sekali-kali diabaikan. Lihat sahaja, tatkala pulang dari gua Hira’ kesejukan kerana pengalaan pertama berjumpa dengan Jibril, Rasulullah meminta Khadijah menyelimutkanya. “Selimutlah aku, selimutlah aku”. Maka Khadijah menyelmutkannya.
Turun ayat surah Muzzamil memerintahan baginda bangun menghidupkan malam mengingati Allah sebagai bekalan ruhiyyah dalam menempuh cabaran dalam perjuangan. Dalam peristiwa yang lain, tatkala Rasulullah solat sehingga bengkak-bengkak kaki baginda, isteri tercinta bertanya mengapa baginda sangup bersolat sehingga sedemikian rupa sedangkan baginda sudah dijamin akan masuk ke syurga? Namun baginda menjawab, “salahkah aku hendak menjadi manusia yang bersyukur?

Sultan Muhammad al-Fatih, Zikir dan Fikir.

Selepas solat jumaat semalam, perbincangan usrah penulis dimulai dengan topik berkaitan konsep ibadat oleh Khalil. Selepas semua anak-anak usrahku memberi respon berkaitan tajuk termasuk berkaitan sains dan ibadat, penulis menceritakan kisah seorang tokoh yang sangat penulis kagumi iaitu Sultan Muhammad al-Fatih untuk mengaitannya dengan tajuk ibadah yang menjadi topik utama perbincangan hari itu. Sebelum ini, penulis hanya mendengar sedikit cerita berkenaan tokoh tersebut termasuk menonton kartun animasi berkenaan dengannya. Entah mengapa bebrapa hari sebelum ini, jejari penulis ringan untuk mencari kisah Sultan Muhammad al-Fatih dengan enjin carian Google.com. Maka banyaklah maklumat baru yang penulis perolehi yang menginsafkan dan menjadi muhasabah buat penulis. Kehebatan beliau dalam fikir dan zikir sangat mengagumkan.

Penulis tercari-cari, apakah hebatnya baginda sehingga telah disebutkan oleh Rasulullah dalam hadis, lebih kurang 800 tahun sebelum kelahiran al-Fatih ketika peperangan Khandak :

"..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……"  (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Akhirnya penulis menemui kisahnya. Ringkasnya, semenjak kecil, Sultan Muhammad Al-Fatih telah meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan Constantinople. Bahkan baginda terus mengkaji tentang usaha-usaha yang pernah dibuat sepanjang sejarah Islam ke arah itu, sehingga menimbulkan keazaman yang kuat untuk beliau meneruskan cita-cita umat Islam zaman berzaman itu. Ketika menaiki takhta pada tahun 855H / 1451M, baginda telah mula berfikir dan menyusun strategi untuk menawan kota berkenaan. Sultan Muhammad Al-Fatih juga berusaha untuk mempertingkatkan kelengkapan senjatanya. Beliau telah mendapatkan khidmat pakar membina meriam bernama Orban. Beberapa meriam telah dibina termasuk Meriam Diraja yang masyhur. Catatan menceritakan betapa meriam ini adalah yang terbesar di zaman berkenaan. Beratnya beratus tan dan memerlukan beratus tenaga tentera untuk mengangkutnya. Beliau juga menyediakan kira-kira 400 buah kapal laut untuk tujuan yang sama.

Paling mengkagumkan penulis, Sultan Muhammad Al-Fatih telah menemui satu kaedah luar biasa untuk membawa kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas. Kaedah yang tidak pernah terfikir oleh mana-mana tentera sebelumnya untuk melakukannya. Beliau telah memanggil tenteranya dan menyarankan kepada mereka supaya membawa kapal-kapal itu masuk ke perairan Tanjung Emas melalui jalan darat! Malam itu juga, tentera ‘Uthmaniyyah dengan semangat dan kekuatan luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari pantai Besiktas ke Galata melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak melebihi 3 batu! Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Yilmaz Oztuna di dalam bukunya Osmanli Tarihi menceritakan bagaimana seorang ahli sejarah Byzantine berkata, "Tidaklah kami pernah melihat atau mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad Al-Fatih telah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad Al-Fatih dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!" dipendekkan cerita, baginda telah berjaya membuka kota Constantinople.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan selepas pembukaan Constantinople, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!". Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu. Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!". Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!". Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Benarlah, baginda sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah di dalam Hadisnya itu, hebat dalam zikir dan fikir.

Kisah Umar Telmesani dan Hassan al-Banna, pengajaran dalam Zikir dan Fikir.

Umar Telmesani adalah bekas Mursyidul Am ketiga Ikhwanul Muslimin. Semasa Hassan al-Banna masih hidup, beliau sempat bersama al-Banna dalam satu perjumpaan di Daqhiliah. Setelah selesai dari pertemuan tersebut, al-Banna pulang ke penginapannya bersama Umar dan masuk ke biliknya. Masing-masing mengambil tempat di katil yang telah disediakan untuk berehat dan tidur. Tidak berapa lama kemudian, al-Banna bertanya kepada sahabatnya Umar, “adalah kamu telah tidur?” maka jawab Umar, “belum”. Setelah beberapa minit, al-Banna bertanya lagi dan soalannya dijawab oleh Umar seperti tadi. Setelah beberapa minit, ditanya lagi soalan yang sama dan dijawab oleh Umar seperti tadi menunjukkan beliau belum tidur. Lalu Umar berkata dalam hatinya, “kalau al-Banna bertanya lagi soalan yang sama kali ini, aku nak berpur-pura tidur”.

Tidak lama selepas itu, al-Banna bertanya lagi soalan yang sama dan kali ini Umar tidak menjawab. Lalu Hassan al-Banna bangun perlahan-lahan dari katil kerana menyangka Umar telah tidur lalu pergi ke bilik air untuk memperbaharui wudhu’nya dan terus ke ruang tamu untuk menunaikan solat tahajjud. Al-banna tidak mahu qiamullailmya diketahui orang. Masya Allah…
Penulis pernah mendengar cerita kehebatan al-Banna yang selalu menaiki keretapi dan solat jemaah di masjid, daerah berbeza sambil memikirkan masalah ummat dan berdakwah siang dan malam. Hebat sekali zikir dan fikir beliau…

Perjuangan Islam : Zikir dan Fikir.

“Kita sangat tumpukan gerak kerja kononnya kerana cintakan Allah tetapi ibadah yang kita lakukan tidak menunjukkan kita sebenar-benarnya cintakan Allah. Solat kita bagaimana. Tahajjud kita entah ke mana. Betulkah kita bergerak kerja kerana cintakan Allah?” kata-kata Kak Na dalam satu liqo’ tarbiyyah beberapa bulan yang lalu menggoncang hati penulis. Satu muhasabah yang menaikkan bulu roma penulis. Allahuakbar…..benar, kekadang kita mengakui bahawa kita sudah berjuang dan berkorban kerana cintakan Allah, akan tetapi ianya tidak terjelma dalam ibadah kita. Mungkin ada sedikit masalah dalam hati kita. Bukan kerana jalan perjuangan yang tidak benar, akan tetapi masalah hati yang mengundang musibah. Masalah sebeginilah akhirnya membawa fitnah kepada jalan dakwah dan perjuangan Islam.

Adalah kita hendak mengadap Allah dalam keadaan sedemikian? Mengadap Allah dengan muka yang tebal mengakui, “aku telah bersusah payah, berjaga malam merancang strategi dan bergerak kerja untukMu Ya Allah….” Tetapi dalam masa yang sama Subuh entah ke mana? Tahajjudnya semakin jauh. Al-Quran ditinggalkan…… Alangkah takutnya kita sekiranya catatan amalan dan gerak kerja kita akan dicampakkan Allah ke muka kita kerana masalah-masalah hati yang berpenyakit. Apakah zikir kita terabai kerana kita terlalu banyak berkorban untuk berfikir? Adakah pengorbanan, sibuk dan fikir kita lebih daripada Rasulullah? Adakah strategi kita lebih hebat dari Sultan Muhammad al-Fatih? Adakah letihnya kita dalam perjuangan mengatasi al-Banna? Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah…….
Sesungguhnya, orang-orang beriman itu diceritakan oleh Allah :

“Orang-orang yang berZIKIR (ingat) kepada Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring. Dan mereka berFIKIR tentang apa yang diciptakan Allah seraya berkata, “Ya Tuhan kami, sesungguhnya segala ciptaanMu bukanlah sesuatu yang sia-sia. Maha Suci Engkau, maka selamatkanlah kami dari azab neraka…”
Konklusi

Dengan ZIKIR, diharapkan ianya mejadi bekalan bagi kita yang bercita-cita untuk menjadi murabitun agar tidak menjadi mutasaqitun di jalan dakwah. Semoga Allah mengampunkan kita disamping kita mampu meningkatkan FIKIR dan memperkasakan ZIKIR sebagai bekalan dalam perjuangan Islam. FIKIR bukan alasan untuk meninggalkan ZIKIR, ZIKIR bukan alasan untuk melupakan FIKIR….

" Ya Allah, ampunilah kami hambaMu yang dhaif lagi hina, tetapkanlah hati-hati kami di atas landasan perjuangan agamamu.... Ameen..."

Wallaua’lam…..
Posted by Mohd Idris Bin Mohd Yussoff…

Khamis, 16 September 2010

Di Sebalik Iklan Raya?


Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible (*Yang dikenali sebagai The Book)
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap
- Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis (*Pencerahan ialah 'petanda' kepada kongsi-kongsi gelap Yahudi khususnya Ilxxxxxxti dan Frxxxxxon)
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal).
5. Pokok Krismas - Simbol Paganism

Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene
4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)(*Juga menggambarkan keselesaan keduniaan yang akan diperolehi sekiranya 'masuk ke dalam beca' itu.)
5. Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 4 dan 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light) (*Francis Light yang kononnya 'membuka' Pulau Pinang ialah seorang Yahudi tulen. Hari ini di Pulau Pinang masih ada kuburan orang Yahudi. Komuniti ini dipercayai sudah berhijrah ke Sixxxxxra)
2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya. (*Maksudnya dari kampung hingga ke bandar semuanya sudah 'dikuasaimereka'. Masyarakat di bandar yang memang sudah sedia dipengaruh menerima baik masyarakat kampung yang baru terpengaruh)
Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.

1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism
2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.

Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.

1.Pulau - Singapore lah. (*Kongsi-kongsi gelap Yahudi punya markas besar di rantau Asia Tenggara)

Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang. (*Masyarakat Islam sudah tidak mempedulikan agama. Agama bukan lagi ad-diin. Masjid-masjid hanya sebagai simbol kemegahan tetapi tidak dimanfaatkan umatnya lagi terasing jauh dari hati mereka)

1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin
2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah

Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah masjid yang terletak jauh di sebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke arah masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid) (*Maksud bangunan misteri ini masih kabur. Tentu ada sesuatu yang mahu disampaikan)
2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab (*Juga mungkin menunjukkan yang umat Islam sendiri sedang memperlekehkan dan mentertawakan agamanya sendiri)

Setakat itu sahaja yang ditulis oleh penulis asalnya. Kajian penulis itu sangat baik, tapi tidaklah bermaksud saya setuju 100% huraiannya. Terpulanglah kepada anda untuk membuat penilaian sendiri.

Selain itu, ada beberapa petunjuk lagi yang saya fikirkan memang ada kaitan.

1. 'Pope' yang tertawa berdekah-dekah melihat anak-anak orang Islam (generasi umat hari ini) yang sudah berjaya 'dibawanya'. 'Pope' memandang ke atas seolah-olah bersyukur kepada Tuhannya.

2. Bunga teratai berkembang dan keluar pelita daripadanya - Bunga teratai ialah simbol kepada agama Buddha dan Hindu-Buddha. Pelita ialah simbol kepada agama Hindu. Perhatikan bentuk pelita-pelita yang macam pelita Aladdin itu.

3. Diakhiri dengan cogankata "Inspirasi Hidupmu".


Apakah ini salah satu produk 1 Maxxxxia? Macam ada sikit persamaan dengan Ajaran Ayah Pin dan Sai Baba...

Kenalilah musuh-musuh kita yang sebenar, bukan yang terpapar : )

Sumber :- http://alexanderwathern.blogspot.com/2010/09/siapa-di-sebalik-iklan-raya-ini.html 

Selasa, 14 September 2010

Pemimpin Mahasiswa : Antara kelesuan dan Cabaran


 
Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.
- Al-Kahfi: 13-

Dalam sebuah gerakan mahasiswa,  pemimpin mahasiswa seharusnya memahami dan mempunyai idealisme perjuangannya. Dalam masa yang sama, idealisme yang ada perlu diterjemahkan dalam dunia aktivisme dengan menggunakan intelektualisme.

Idealisme merujuk pegangan atau prinsip fundamental yang berasaskan dua perkara pokok. Pertama, kecintaan terhadap nilai yang mulia dan murni. Contohnya, kecintaan terhadap kebenaran, keadilan dan keharmonian. Manakala yang kedua ialah kebencian terhadap unsur yang murah, muak dan mual, contohnya, kebencian terhadap kepalsuan, kezaliman dan kehuru-haraan. Idealisme ini diambil daripada ajaran Islam tentang berbuat makruf dan melarang kemungkaran. Justeru, dapat disimpulkan dari perspektif Islam bahawa Idealisme, Pemimpin Gerakan Mahasiswa Islam haruslah bersandarkan kepada konsep menuju ‘Ubudiyah kepada Allah s.w.t dalam semua aspek kehidupan.

Aktivisme pula ialah proses merealisasikan idealisme. Ini termasuk kebijaksanaan
menerjemah idealisme agar menjadi langkah-langkah atau tindakan-tindakan yang praktikal dalam kerangka yang fleksibel (siyasah Syar’iyyah) berdasarkan situasi dan keperluan yang wujud tetapi tidak menyeleweng dari prinsip idealisme. Di sinilah lahirnya hal ehwal perjuangan seperti kesukarelaan dan pengorbanan. Dalam Islam, ini ditandai oleh konsep berlumba-lumba berbuat kebajikan.

Manakala intelektualisme tidak merujuk menara gading atau gelaran mahasiswa semata-mata . Sebaliknya, ia merujuk penghayatan budaya ilmu yang berasaskan tiga prinsip, iaitu meletakkan ilmu dan ilmuwan di tempat tertinggi; setiap individu sentiasa menuntut, menyebar dan mengembangkan ilmu; dan setiap keputusan dan tindakan dibuat berlandaskan ilmu.

Ketiga-tiga rukun ini perlu diamalkan secara bersepadu dan seimbang. Hanya memiliki idealisme dan aktivisme, tetapi tanpa intelektualisme, memungkinkan pemimpin mahasiswa bersemangat dan rajin berbuat program, tetapi kerana tidak berbekal ilmu, maka ia tidak tahu bagaimana hendak menghasilkan kemajuan dan keberkesanan yang berganda. Hanya memiliki idealisme dan intelektualisme pula, tetapi tanpa aktivisme, memungkinkan pemimpin mahasiswa bersemangat dan cerdik, tetapi kerana tidak berbuat apa-apa, maka ia tidak akan menghasilkan sesuatu yang praktikal dan konkrit. Manakala hanya memiliki aktivisme dan intelektualisme, tetapi tanpa idealisme, memungkinkan pemimpin mahasiswa rajin dan cerdik, tetapi kerana tidak berprinsip, maka ia boleh dijual-beli.

p/s : Buat diri dan sahabat2 yang bergelar pimpinan Mahasiswa,

Terkadang amat menyedihkan lantaran bilangan kita (pengajian Islam/Mahasiswa Islam) yang ramai tetapi tidak mampu untuk mencipta suasana dikampus bahkan seolah-olah dikuasai suasana. Seharusnya kita melihat ke hadapan dan mendepani cabaran. Sekarang bukan lagi masa untuk manjakan diri dengan ayat2 dan kata2 yang kurang berpijak pada dunia realiti sehingga dengan keegoan diri kita meletakkan kesalahan kepada orang lain.

 “Berprinsip Jangan Jumud, Terbuka Jangan Hanyut”
“Fundementalis Dalam Berprinsip, Fleksibel Dalam Bertindak”

Optimis Daie dalam Mendepani Cabaran…

al-Faqir Ilallah, 

Ilham al-Khalis
 Insan yang masih cetek ilmunya dan masih dangkal pemikirannya,
Belajar dan terus belajar dari guru yang bernama pengalaman dalam kehidupan.

Isnin, 6 September 2010

Minda Presiden Gamis...


 Oleh : Mohd Idris bin Yusof 
"Kita kena berjiwa besar. Kita tidak mahu hanya menjadi seperti burung kakak tua yang bercakap dalam sangkar emas, tetapi jadilah seperti pohon balak dalam hutan belantara. Para Daie perlu bercita-cita besar." Kata-kata seorang Ustaz pada satu ketika.
Imaginasi

Tertarik pada kata-kata Albert Einstein :
"Imagination is more important than knowledge. Knowledge is limited. Imagination encircles the world"

Menurut pakar psikologi, mereka yang berimaginasi adalah mereka yang berjaya menggerakkan minda separa sedar. Ada dibahaskan, manakah yang lebih baik antara Mat Jenin dan Kassim Selamat (saya kira, pembaca tahu cerita-cerita ini). Walaupun Kassim Selamat adalah seniman yang dilihat lebih hebat dari Mat Jenin, namun kelebihan Mat Jenin ialah kerana dia menggerakkan minda separa sedar dengan berimaginasi. Ianya lebih baik dari Kassim Selamat yang seolah-olah tidak mempunyai halatuju kerana berputus asa. Asalnya celik, kemudian buta. Apabila mendapat kembali nikmat celiknya, dia mencucuk matanya sendiri sehingga buta kembali. Namun, ini hanya cerita.....
Sesuatu perkara yang hendak dilakukan perlu mempunyai matlamat sebagai sasaran. Dalam Islam sendiri, Rasulullah s.a.w. berpesan dalam hadith :
"Setiap amalan adalah dengan niat"

Begitu juga apa yang dipilih oleh Stephen R. Covey dalam bukunya "The Seven Habits of Highly Effective People". Beliau memilih salah satu tabiat dalam huraiannya melalui buku tersebut iaitu

"Begin with end in mind"
Dengan itu, jelas kepada kita betapa pentingnya imaginasi dalam mendorong tindakan kita sebagai manusia.
Imaginasi Terpimpin
Tidak cukup dengan hanya berimaginasi sekiranya tanpa perancangan dan pergerakan. Saidina Ali pernah menyatakan :
"Kebenaran tanpa perancangan akan dikalahkan oleh kebatilan yang berperancangan"

Atas hakikat inilah, dalam organisasi perlu adanya pelan strategik untuk mencapai dan melaksanakan tindakan. Ianya dijayakan dengan managment by objective (MBO). Justeru, gerakan Islam pada hari ini perlu mengambil berat soal pengurusan dalam pentadbiran. Perlunya memiliki matlamat yang jelas, cita-cita tinggi serta perancangan rapi agar imiainasi tidak hanya tinggal imiginasi.
Bersama kita menyusun langkah, bergerak dengan momentum luar biasa untuk mencapai imaginasi yang terhebat.
"Bergerak Seiringan, Memimpin Perubahan"



p/s : Pemimpin harus ada idealisme yang jelas dalam memimpin organisasi di bawah naungannya ke arah merealisasikan tuntutan 'Ubudiyah kepada Allah s.w.t. Segala peluang dan ruang sangat perlu dimaksimakan manfaat dan maslahahnya. Cabarannya pasti ada dan tidak akan pernah hilang kerana disitulah letaknya didikan dan tarbiyah untuk menjadi insan yang lebih baik. 
Sememangnya kita bukan insan yang sempurna, namun tidak ada salahnya untuk kita terus mengejar kesempurnaan itu secara berperingkat-peringkat. Jangan bicara soal perjuangan sekiranya takut dengan risiko. Risiko itu perlu dihadapi dan diatasi bukan melarikan diri daripadanya kerana itu tidak akan dapat menyelesaikan dan menghilangkan ketakutan kita kepada risiko.
Demikianlah nafsu adalah lapangan perjuangan yang perlu dihadapi dengan berhadapan dengannya bukan lari atau mengelakkan diri daripadanya. Nafsu untuk ditundukkan bukan dielakkan kerana ianya sentiasa menyerang tanpa mengira masa dan tempat. Amalan secara sembunyi itu lebih dekat dengan ikhlas tapi belum tentu dan amalan dengan terang-terangan itu mungkin lebih dekat dengan riya' atau menunjuk-nunjuk tapi ianya juga belum tentu. Semua ini melibatkan soal hati yang menjadi urusan dan nilaian Allah, kerana Ia sajalah yang Maha Mengetahui.
Serahkan ianya kepada Allah untuk menilai dan membalas dan dalam masa yang sama peringatan mengenai tuntutan ikhlas dalam menegakkan usaha dakwah & Tarbiyah terus diperkasakan. Ianya tidak perlu menjadi perbahasan dan pertikaian sesama manusia kerana ianya hanyalah diselubungi prasangka2 yang tidak tahu darimana sama ada daripada "Kasyaf" atau kehebatan Psikologi seseorang. Apapun pada Saya, hakikat yang hakiki adalah , Hati MAnusia itu hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Dari Imaginasi dan idealisme, suburkan dengan aktivisme melalui siraman intelektualisme sebagai seorang Mahasiswa...
Peringatan Ikhlas buat diri, para pemimpin Mahasiswa, sahabat-sahabat seperjuangan dan rakan-rakan serta adik2 yang disayangi kerana Allah insyaAllah...
Ilham06al-Khalis,