إنَّ الْحَمْدَ لِلهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ، أَمَّا بَعْدُ :
Segala pujian hanyak layak untuk Allah s.w.t. yang memiliki segala-galanya. Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan DIA. Maha Agung, Maha Pengasih, Maha Penyayang kepada sekalian makhluk. Selawat serta salam buat junjungan besar baginda Rasulullah s.a.w. penghulu segala nabi dan Rasul, Qudwah buat sekalian umat sepanjang zaman.
Salam Perjuangan,
Kepada kawan-kawan sejalan, yang beriman kepada Allah dan kufur kepada Taghut.
Kepada orang-orang yang kakinya menapak di bumi, sedangkan dirinya memiliki cita-cita sehingga menggapai langit tinggi untuk meletakkan Islam kembali ke tempat yang selayaknya.
Kepada orang-orang yang memikul amanat Allah, sehingga hidupnya selalu berada di bawah cemeti azab, bergelut dengan berbagai macam cubaan dan seksaan dalam menegakkan dakwah Islamiah ini, yang imannya meraung-raung menentang kezaliman para Thaghut sambil berucap sebagaimana yang pernah diuccapkan orang-orang mukmin kepada Firaun yang terkutuk:
Surah Toha : 72-73
“Mereka berkata: "Kami sekali-kali tidak akan mengutamakan kamu daripada bukti-bukti yang nyata (mukjizat), yang telah datang kepada kami dan daripada Tuhan yang telah menciptakan Kami; Maka putuskanlah apa yang hendak kamu putuskan. Sesungguhnya kamu hanya akan dapat memutuskan pada kehidupan di dunia ini saja. (72) Sesungguhnya kami telah beriman kepada Tuhan kami, agar dia mengampuni kesalahan-kesalahan kami dan sihir yang telah kamu paksakan kepada kami melakukannya. dan Allah lebih baik (pahala-Nya) dan lebih kekal (azab-Nya)".(73)”
Kepada orang-orang mukmin yang setia terhadap janjinya kepada Allah, di antaranya ada yang telah gugur dan ada pula yang sedang menanti takdir, yang tiada seorang pun daripada mereka yang berubah pendiriannya.
Kepada tunas-tunas mukmin yang telah menyiapkan dirinya untuk memikul amanat perjuangan Islam sebagaimana yang telah dipikul orang-orang mukmin terdahulu.
Ketahuilah…
Umat hari ini tidak akan kembali kegemilangannya jika tidak mengikut jejak langkah umat terdahulu. Kerana kejayaan mereka telah terbukti. Mereka ada’role model’ yang sangat jelas yang perlu difahami dan diteladani generasi umat hari ini.
Kepada pencinta kebenaran dan pencari keadilan…
Mari bersama mengorak langkah, mempersembahkan kepada masyarakat dan umat manusia satu cara hidup yang syumul yang dapat melepaskan diri dari belenggu thaghut.
Aku persembahkan medium ini sebagai salah satu usaha yang sangat kecil. Semoga ianya dapat memberi manfaat walau sedikit cuma..
“Hai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku, Masuklah ke dalam syurga-Ku.” (surah al-Fajr : 27-30)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan