Halaman

Pengikut

Isnin, 6 September 2010

Minda Presiden Gamis...


 Oleh : Mohd Idris bin Yusof 
"Kita kena berjiwa besar. Kita tidak mahu hanya menjadi seperti burung kakak tua yang bercakap dalam sangkar emas, tetapi jadilah seperti pohon balak dalam hutan belantara. Para Daie perlu bercita-cita besar." Kata-kata seorang Ustaz pada satu ketika.
Imaginasi

Tertarik pada kata-kata Albert Einstein :
"Imagination is more important than knowledge. Knowledge is limited. Imagination encircles the world"

Menurut pakar psikologi, mereka yang berimaginasi adalah mereka yang berjaya menggerakkan minda separa sedar. Ada dibahaskan, manakah yang lebih baik antara Mat Jenin dan Kassim Selamat (saya kira, pembaca tahu cerita-cerita ini). Walaupun Kassim Selamat adalah seniman yang dilihat lebih hebat dari Mat Jenin, namun kelebihan Mat Jenin ialah kerana dia menggerakkan minda separa sedar dengan berimaginasi. Ianya lebih baik dari Kassim Selamat yang seolah-olah tidak mempunyai halatuju kerana berputus asa. Asalnya celik, kemudian buta. Apabila mendapat kembali nikmat celiknya, dia mencucuk matanya sendiri sehingga buta kembali. Namun, ini hanya cerita.....
Sesuatu perkara yang hendak dilakukan perlu mempunyai matlamat sebagai sasaran. Dalam Islam sendiri, Rasulullah s.a.w. berpesan dalam hadith :
"Setiap amalan adalah dengan niat"

Begitu juga apa yang dipilih oleh Stephen R. Covey dalam bukunya "The Seven Habits of Highly Effective People". Beliau memilih salah satu tabiat dalam huraiannya melalui buku tersebut iaitu

"Begin with end in mind"
Dengan itu, jelas kepada kita betapa pentingnya imaginasi dalam mendorong tindakan kita sebagai manusia.
Imaginasi Terpimpin
Tidak cukup dengan hanya berimaginasi sekiranya tanpa perancangan dan pergerakan. Saidina Ali pernah menyatakan :
"Kebenaran tanpa perancangan akan dikalahkan oleh kebatilan yang berperancangan"

Atas hakikat inilah, dalam organisasi perlu adanya pelan strategik untuk mencapai dan melaksanakan tindakan. Ianya dijayakan dengan managment by objective (MBO). Justeru, gerakan Islam pada hari ini perlu mengambil berat soal pengurusan dalam pentadbiran. Perlunya memiliki matlamat yang jelas, cita-cita tinggi serta perancangan rapi agar imiainasi tidak hanya tinggal imiginasi.
Bersama kita menyusun langkah, bergerak dengan momentum luar biasa untuk mencapai imaginasi yang terhebat.
"Bergerak Seiringan, Memimpin Perubahan"



p/s : Pemimpin harus ada idealisme yang jelas dalam memimpin organisasi di bawah naungannya ke arah merealisasikan tuntutan 'Ubudiyah kepada Allah s.w.t. Segala peluang dan ruang sangat perlu dimaksimakan manfaat dan maslahahnya. Cabarannya pasti ada dan tidak akan pernah hilang kerana disitulah letaknya didikan dan tarbiyah untuk menjadi insan yang lebih baik. 
Sememangnya kita bukan insan yang sempurna, namun tidak ada salahnya untuk kita terus mengejar kesempurnaan itu secara berperingkat-peringkat. Jangan bicara soal perjuangan sekiranya takut dengan risiko. Risiko itu perlu dihadapi dan diatasi bukan melarikan diri daripadanya kerana itu tidak akan dapat menyelesaikan dan menghilangkan ketakutan kita kepada risiko.
Demikianlah nafsu adalah lapangan perjuangan yang perlu dihadapi dengan berhadapan dengannya bukan lari atau mengelakkan diri daripadanya. Nafsu untuk ditundukkan bukan dielakkan kerana ianya sentiasa menyerang tanpa mengira masa dan tempat. Amalan secara sembunyi itu lebih dekat dengan ikhlas tapi belum tentu dan amalan dengan terang-terangan itu mungkin lebih dekat dengan riya' atau menunjuk-nunjuk tapi ianya juga belum tentu. Semua ini melibatkan soal hati yang menjadi urusan dan nilaian Allah, kerana Ia sajalah yang Maha Mengetahui.
Serahkan ianya kepada Allah untuk menilai dan membalas dan dalam masa yang sama peringatan mengenai tuntutan ikhlas dalam menegakkan usaha dakwah & Tarbiyah terus diperkasakan. Ianya tidak perlu menjadi perbahasan dan pertikaian sesama manusia kerana ianya hanyalah diselubungi prasangka2 yang tidak tahu darimana sama ada daripada "Kasyaf" atau kehebatan Psikologi seseorang. Apapun pada Saya, hakikat yang hakiki adalah , Hati MAnusia itu hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Dari Imaginasi dan idealisme, suburkan dengan aktivisme melalui siraman intelektualisme sebagai seorang Mahasiswa...
Peringatan Ikhlas buat diri, para pemimpin Mahasiswa, sahabat-sahabat seperjuangan dan rakan-rakan serta adik2 yang disayangi kerana Allah insyaAllah...
Ilham06al-Khalis,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan